PRO KONTRA DONGENG III

image

HUKUM CERITA DONGENG/FIKSYEN

Fatwa Lajnah Tetap Untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi

Terjemahan: Muhammad Asrie bin Sobri

Soalan:

س7: هل يجوز للشخص أن يكتب قصصا من نسج الخيال، وكل ما فيها في الحقيقة كذب، ولكن يقدمها كقصص للأطفال لقراءتها وأخذ العبر منها؟

Maksudnya: “Adakah boleh bagi seseorang menulis cerita-cerita khayalan, semua yang ditulis pada hakikatnya adalah dusta akan tetapi dilakukan sebagai cerita buat kanak-kanak untuk dibaca dan diambil pengajaran?”

Jawapan:

ج7: يحرم على المسلم أن يكتب هذه القصص الكاذبة، وفي القصص القرآني والنبوي وغيرهما مما يحكي الواقع ويمثل الحقيقة ما فيه الكفاية في العبرة والموعظة الحسنة.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

نائب رئيس اللجنة … الرئيس
عبد الرزاق عفيفي … عبد العزيز بن عبد الله بن باز

Maksudnya: “DiHARAMKAN atas seorang Muslim untuk menulis cerita-cerita dusta ini dan pada kisah-kisah al-Quran dan hadis-hadis Nabawi dan selain keduanya yang menceritakan realiti dan kejadian sebenar sudah mencukupi sebagai iktibar dan nasihat yang baik.

Wa billahit Taufiq Wa Sollallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Sohbihi wa Sallam.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi

Ketua: Abdul Aziz bin Abdullah Ibn Baz
Naib Ketua: Abdul Razzaq ‘Afifi

[Sumber: Fatwa Lajnah Tetap Untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi, No. Fatwa: 6252 Soalan ke-7, jil. 12, m.s 187].

*Komentar:
Termasuk dilarang juga menjadikan cerita-cerita dongeng dan khayalan (fiksyen) ini sebagai Wasilah Dakwah sama ada dalam bentuk cerpen, novel, dan sebagainya. Wasilah Dakwah adalah Tauqifiah yakni: “Apa-apa wasilah dakwah yang tidak digunakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sedangkan adanya keperluan menggunakannya dan tiada halangan daripada baginda melakukannya maka ia dilarang digunakan” apatah lagi jika wasilah itu sendiri pada hukum asalnya adalah dilarang secara syar’ie maka tidak boleh dijadikan sebagai wasilah dakwah kerana dakwah adalah Ibadat.

Terjemahan & Komentar:
Muhammad Asrie bin Sobri
Uni Islam Madinah Nabawiah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s